Malam Jumaat Yang ke 13
Aku bertemu dengan tiga jejaka pada malam jumaat lalu.
Kami menuju ke Restoran Mas Ayu untuk santapan larut malam.
Makanan yang dihidangkan sungguh lazat hingga menjilat jari. Namun, aku tidak menghabiskan Mee Pataya ku. Tetapi, usah gusar atau risau, kerna aku ada tiga tong sampah terhebat di alam fana ini. Mereka bertiga yang bertanggungjawab untuk melicinkan makanan yang dihidang di atas pinggan mangkok hayon periok dan belanga.
Oleh kerana alam persekitaran tidak mengizinkan kami berempat untuk melepakkan diri, bersembang sembang sambil menyedut udara dingin, dengan berat hati kami pon melangkah perlahan-lahan menuju ke kereta. Di samping itu, kami cuba berfikir di manakah tempat sesuai yang sewajibnya kami kunjungi untuk bersembang sambil berjenaka.
Tetapi, kami selalu tidak mempunyai idea yang baik, selalu ada sahaja halangan dari kami berfikir dan membuat keputusan muktamad. Ini disebabkan, kami diserang wabak yang sukar untuk diubati, iaitu "distractions".
*Ouh well when 3 cancerians are involved, EXPECT that to happen*
Apa yang anda lihat di bawah sejenak ini adalah kami berempat menyempat memperagakan baju masa kini masing2.
Sejurus selepas itu, kami bergegas ke kereta Sarip di tempat letak kereta awam yg terletak tidak jauh dari tempat kita memetik gambar. Walau bagaimanapun, aku masih hairan mengapakah kita semestinya bergaya dengan 3 alat letak pasir yang berwarna merah itu. Ahh.. tidak pentinglah itu semua~!Di dalam kereta, kami semua berperasaan mentel kejuwel kerana tidak tahu ke mana tujuan yg seterusnya. Nasib baik aku mempunyai cadangan yang bijak untuk ke McDonald Parkway supaya kami boleh menggunakan wireless percuma. Laptop Sahrin telah menjadi bahan terbesar pada malam itu.
Malang tidak berbau..
Nampak nampaknya Sahrin mengalami kesukaran untuk menyambung wireless yang percuma itu, sehingga ape kejadah dia dikehendaki menelefon dan menunggu sms untuk mendapat maklumat dan ketentuan yang sah...
Kami bertiga pun tanpa berlengah lagi memetik gambar sesama sendiri, langsung tidak menghiraukan kepayahan Sahrin. Yang kami bertiga tahu hanyalah untuk mengomel seperti kata-kata di bawah ini.."Oie! Lambatnah? Asal lambat?"
"Bila seh nak connect?!"
"Leceh nahhh??"
Setelah puas Sahrin menerima tomahan ranjau berduri, dengan kemahiran beliau di dalam bidang IT ini, akhirnya dia dapat mengukirkan senyuman yang manis serta sinis kepada kita bertiga kerana dia telah berjaya!! Syabas!Kami berempat pun melungsuri pelbagai lelaman web, macam lah satu satu takde internet di rumah atau tempat keje~! Layan!
Setelah puas melungsuri, bersembang, berjenaka dan ketawa terbahak bahak, kami menamatkan perjumpaan pada malam itu dengan lawak bodoh Bacin yang sungguh kelakar nak mampos. Hehehe!!!
Eh ahciam?..
Suker lah plak bebual melayu indah!
Tapi tak indah sgt arh kan nie..
Dah sua slack ar Bahasa Melayuku ini..
*terk terk terk*
Comments